fbpx

Menunaikan Umrah (Bahagian 2)

Persediaan Mental dan Fizikal

Ramai yang tidak mengambil berat tentang persediaan mental dan fizikal sebeleum menunaikan umrah. anda perlu tahu bahawa, sebelum menunaikan umrah, anda perlu menyediakan persediaan yang baik untuk mental dan fizikal anda. Ini kerana di Mekah tidak sama dengan di Malaysia. Baik dari segi bahasa, cuaca dan juga suasana dia sana. Saya pasti, banyak cerita-cerita yang telah anda dengar sebelum ini tentang suasana di sana.

  1. Suasana/Cuaca

Cuaca di mekah adalah 2 musim. iaitu musim sejuk dan musim panas. Musim sejuk hanyalah pada bulan 11-2. dan selainnya adalah musim panas. yang paling panas pernah kami rasa ialah 45 darjah celcius. Panas kan? Oleh itu, jemaah umrah dan haji yang ingin melakukan ibadah umrah perlulah bersedia dari segi fizikal kerana pada musim panas, air sangat diperlukan oleh badan kita. Oleh itu, saya sarankan beberapa perkara di sini untuk makluman semua:

  • banyakkan minum air di Malaysia lagi supaya di sana nanti kita tak terlalu terkejut apabila kita kena minum air dgn banyak.
  • banyakkan berjalan kaki kerana kita akan banyak berjalan di mekah dan madinah. jarak antara masjid dengan hotel boleh jadi 500m walaupun disebut oleh agensi hanya 200-300m.
  • banyakkan bersenam
  • banyakkan makan buah-buahan untuk mendapatkan vitamin

2. Bahasa

Untuk pengetahuan anda, walaupun anda pandai berbahasa arab, tidak semestinya anda boleh faham apa yang orang arab mekah sebut. ini  kerana di mekah/madinah, bahasa yang mereka guna ialah bahasa arab pasar. tak semua yang boleh berbahasa arab tapi boleh memahami perkataan yang dituturkan oleh orang arab mekah. Untuk memberitahu supaya melakukan upah haji atau upah umrah pun sudah susah, apatah lagi kalau anda mahu meminta tolong untuk ke hospital atau sebagainya. Oleh itu, saya sarankan supaya anda belajar serba sedikit bahasa arab pasar.

3. Budaya

Budaya arab sedikit berbeza dengan arab yang lain. di Mekah, orang arab adalah sangat kasar dan juga suka bergaduh. tapi mereka bergaduh pada waktu itu sahaja. pada waktu lain, mereka berkasih sayang sebagai seorang umat islam yang baik. Orang arab juga baik dari segi percakapan apatahlagi kalau dia tahu yang kita ni orang malaysia.

4. Mental

Sebeum datang untuk menunaikan umrah atau haji, sebaiknya untuk sentiasa berzikir, solat sunat, qiyammulail, solat berjemaah di masjid, memaafkan orang lain, memberitau hajat kita untuk menunaikan umrah kepada jiran-jiran, memberi makan anak yatim, bersedekah dan seumpamanya. supaya kita sentiasa berada dalam kerahmatan Allah swt.

Leave a Reply

Close Menu
%d bloggers like this: