fbpx

Menunaikan Umrah (Bahagian 4)

Sebelum kita pergi ke rukun umrah yang kedua, lebih baik rasanya untuk saya menerangkan tentang perkara sunat sebelum berniat umrah. Sebelum berniat umrah, terdapat banyak perkara sunat yang boleh dilakukan untuk menjadikan umrah kita semua sempurna. Di sini, saya senaraikan perkara sunat tersebut supaya kita semua aware untuk melakukannya.

Perkara Sunat Sebelum Berniat Umrah

  1. Mandi sunat ihram
  2. Memotong kuku dan bulu pada badan
  3. Berwuduk
  4. Memakai minyak wangi pada badan (lelaki)
  5. Memakai bahan yang boleh menghilangkan bau badan
  6. Memakai kain ihram yang berwarna putih
  7. Solat sunat ihram di miqat

Ini adalah niat solat sunat ihram

niat solat sunat ihram

Solat sunat ihram dilakukan sama seperti solat sunat biasa iaitu sebanyak 2 rakaat.

Selepas sahaja melakukan solat sunat ihram, maka berniatlah umrah seperti yang telah saya ceritakan di dalam bahagian 3 yang lalu. Ok. Sebaik sahaja telah melakukan niat, maka jemaah terlarang untuk melakukan 12 perkara seperti di bawah:-

  1. Memakai pakaian berjahit (lelaki)
  2. Menutup kepala (lelaki)
  3. Menutup muka (wanita)
  4. Memakai sarung tangan
  5. Memakai wangi wangian
  6. Memotong kuku
  7. menganggalkan rambut dari badan
  8. Berkahwin, mengahwinkan atau menerima nikah
  9. Bersetubuh
  10. memburu binatang buruan
  11. Merosakkan tumbuh tumbuhan
  12. mencaci, mencerca, dan mencela

inilah 12 perkara yang dilarang di lakukan di dalam waktu ihram. jika melakukan perkara tersebut, maka jemaah akan dikenakan dam (denda) atas perbuatan yang dilakukan olehnya.

Untuk dam, kami terangkan seperti gambar berikut:

jenis jenis dam1

Leave a Reply

Close Menu
%d bloggers like this: