fbpx

Menunaikan Umrah (Bahagian 5)

Tawaf Mengelilingi Kaabah

Rukun umrah yang ketiga ialah tawaf. Tawaf bererti mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan niat umrah. Ada beberapa syarat sah tawaf yang perlu dipatuhi oleh jemaah umrah supaya ibadah umrah yang dilakukan adalah sah.

Syarat Sah Tawaf

  1. Berwuduk
  2. Mengelilingi kaabah secara melawan arah jam
  3. memakai pakaian ihram
  4. berniat melakukan tawaf
  5. sentiasa mengirikan kaabah
  6. Menutup aurat
  7. Cukup 7 kali pusingan
  8. Dimulai disudut hajaral aswad dan habis di sudut hajaral aswad
  9. Tawaf hendaklah dilakukan diluar kaabah dan diluar hijir Ismail
  10. Tawaf di dalam kawasan masjidil haram

Jika tidak mematuhi syarat sah tawaf, maka tawaf tersebut adalah perlu dilakukan semula pada tempat yang tidak dipatuhi tersebut. Contohnya, jika terbatal wuduk di sudut yamani, pada pusingan yang ketiga, maka haruslah diambil wuduk kembali dan disambung pada tempat yang sama tanpa perlu mengulangi tawaf yang sudah dilakukan.

Untuk Tawaf, terdapat juga lafaz niat yang digalakkan untuk di baca seperti di bawah.

lafaz-niat-tawaf

Lafaz niat ini perlu dibaca sebelum dari melakukan tawaf.

Terdapat juga perkara sunat yang boleh dilakukan ketika tawaf. Saya senaraikan perkara sunat seperti di bawah:-

  1. Berjalan kaki kecuali sakit
  2. Berlari lari anak di 3 pusingan yang pertama bagi lelaki
  3. melakukan isti’lam iaitu melambai ke kaabah di sudut hajaral aswad dan mengucup tangan. Isti’lam di baca dengan “bismillahi Allahuakbar Allahuakbar walillahil hamd”
  4. Melabai dirukun yamani
  5. Memakai ihram secara ittiba’ iaitu menampakkan bahu kanan ketika tawaf.
  6. Berturut-turut 7 pusingan tawaf.
  7. Berzikir/berdoa/membaca alquran
  8. Khusyuk dan memberi perhatian kepada tawaf.
  9. solat sunat tawaf 2 rakaat selepas selesai tawaf
  10. solat di belakang makam ibrahim
  11. Berdoa di Multazam
  12. Minum air zam-zam

Ketika tawaf, terdapat banyak halangan yang akan anda hadapi. Sungguh, sangat ramai yang akan tawaf selepas solat dan juga sebelum waktu maghrib. Untuk melakukan tawaf sunat, anda tidaklah perlu untuk memakai pakaian ihram. Sudah pasti, terdapat perkara sunat yang tidak dapat kita lakukan. Namun, pastikan niat kita melakukan ibadah tawaf ini hanya kerana Allah. Kerana ibadah tawaf ini adalah salah satu daripada termakbulnya doa. Sekian buat kali ini.

Leave a Reply

Close Menu
%d bloggers like this: