fbpx

Profil UpahHaji4u

UpahHaji4u adalah jenama khidmat upah haji di bawah kelolaan Nuzha Travel & Tours Sdn. Bhd. Menyediakan perkhidmatan pengurusan upah haji dan umrah untuk waris yang telah kehilangan orang yang tersayang dan bagi mereka yang telah uzur (tiada harapan untuk menunaikan haji).

Kami menyediakan ustaz yang sedia membantu pelanggan dalam memberikan khidmat nasihat dan juga sesi soal jawab dalam ibadat haji.

Ustaz Muhammad Adib Bin Yusop

Lulusan Diploma Muamalat dan Al-Quran, Kolej Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Arif dalam bab Al-Quran dan juga Ibadah Haji. Mutawwif Umrah di Mekah dan Madinah.

Pelanggan Kami

Kami menyasarkan pelanggan kami yang telah kehilangan orang tersayang dan juga yang masih belum menunaikan haji. Seperti yang kami terangkan di dalam FAQs, Upah Haji adalah penting untuk dilakukan oleh waris terdekat.

Kami komited menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan. Oleh yang demikian, kami bersedia untuk menerima pelanggan samada pelanggan datang ke pejabat atau kami datang ke kawasan anda. Mengamalkan sikap jujur, amanah dan berhati mulia dalam misi membantu meringankan tugas waris untuk menjayakan ibadah Upah Haji dan Umrah untuk arwah yang tersayang.

UPAHHAJI4U