Terma dan Syarat

Terma dan Syarat untuk Nuzha Travel & Tours Sdn. Bhd.
Terakhir Dikemas Kini: 13 November 2025

Deposit Upah/Badal Haji

  1. Pelanggan perlu membuat pembayaran sebanyak RM200/satu nama sebagai deposit
    setelah pendaftaran dilakukan.
  2. Kuota upah Haji akan terus ditempah selepas selesai pembayaran deposit.
  3. Baki bayaran upah Haji hendaklah dijelaskan selewatnya 60 hari SEBELUM tarikh wukuf
    iaitu pada 9 Zulhijjah.
  4. Kegagalan pelanggan mematuhi polisi ini boleh mengakibatkan pembatalan tempahan
    pakej upah Haji dan pelucutan deposit.

Caj Pindaan

  1. Sebarang perubahan atau pindaan yang ingin dibuat selepas tempahan akan dikenakan caj sebanyak RM50.00.
  2. Tiada perubahan atau pindaan boleh dibuat ke atas tempahan selepas tarikh 16 Ramadhan.

Caj Pembatalan

  1. Pembatalan tempahan upah Haji perlu dibuat secara bertulis untuk mengelakkan salah faham dan perkara berbangkit di antara pelanggan dan pihak Nuzha Travel & Tours.
  2. Notis bertulis tersebut perlu diberikan kepada pihak Nuzha Travel & Tours beserta alasan-alasan yang wajar dan munasabah.
  3. Sekiranya pembatalan dibuat oleh pelanggan SEBELUM proses perlaksanaan badal Umrah, pembayaran balik akan dibuat kepada pelanggan sebanyak 75% daripada jumlah bayaran.
  4. Sekiranya pembatalan dibuat oleh pelanggan pada SELEPAS proses perlaksanaan badal Umrah, caj perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM 600.00 bagi setiap peserta yang dibadal.

Pulangan dan Bayaran Balik (Refund)

  1. Bayaran balik kepada pelanggan akan dibuat oleh pihak Nuzha Travel & Tours dalam tempoh 7 hari bekerja selepas pembatalan dibuat.
  2. Pembayaran tersebut akan dibuat oleh pihak Nuzha Travel & Tours melalui cara yang dipersetujui oleh pihak pelanggan dan pihak Nuzha Travel & Tours.

Kaedah Pembayaran

  1. Setiap pembayaran sama ada wang pendahuluan (deposit) atau baki bayaran pakej atau bayaran tambahan lain-lain perlulah dibayar terus ke dalam akaun Nuzha Travel & Tours seperti berikut:
    • BANK : MAYBANK
    • NAMA AKAUN : NUZHA TRAVEL & TOURS SDN BHD
    • NO AKAUN BANK : 5512 4957 0279
  2. Salinan slip bayaran WAJIB disertakan kepada pihak Nuzha Travel & Tours bagi memudahkan pihak Nuzha Travel & Tours mengeluarkan resit/ invois.
  3. Pengesahan pembayaran hanya boleh dibuat selepas pengesahan pembayaran disahkan oleh pihak bank.