fbpx

Menunaikan Umrah ( Bahagian 1)

Bagi seseorang yang masih belum menunaikan umrah, sudah pasti agak susah untuk membayangkan bagaimana untuk melakukannya. InsyaAllah di sini, kami akan cuba untuk serba sedikit untuk memberikan maklumat untuk menunaikan umrah secara tulisan dan serba ringkas. kerana, masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk melakukan umrah.

upah haji 9

Untuk melakukan umrah, sudah pasti anda semua perlulah mendaftar di travel agency yang berlesen untuk menempah tiket, dan juga pakej di Mekah dan juga di Madinah. Saya akan bincangkan perkara ini terlebih dahulu sebelum kita pergi kepada ibadah umrah. Terdapat banyak travel agency yang berlesen yang memberikan perkhidmatan umrah. Saya cadangkan anda semua untuk pergi terus ke office syarikat untuk melakukan perkara yang sepatutnya. Saya bahagikan cara untuk menunaikan umrah ini kepada 2 bahagian iaitu, Persediaan di Malaysia dan juga Persediaan di Mekah.

Untuk persediaan di Malaysia, saya bahagikan juga kepada 2 bahagian iaitu urusan dengan travel agency dan juga urusan persediaan peralatan

Urusan Dengan Travel Agency

Ada beberapa perkara yang perlu anda sediakan apabila hendak berurusan dengan travel agency.

  1. Dokumen Perjalanan

Untuk dokumen perjalanan, anda mestilah mempunyai:

  • Passport yang sah 6 bulan dari tarikh berlepas
  • Gambar Visa Umrah 2 Keping
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Dokumen tambahan yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara/Pejabat Agama Daerah bagi Perempuan (Sijil Nikah bagi yang pergi dengan suami, surat beranak bagi yang bermuhrimkan ayah/abang)

Untuk dokumen perjalanan ini sangat penting. Jika anda tidak melengkapkan dengan sebaiknya, maka, anda mungkin akan tidak dapat visa umrah dari kerajaan arab saudi. Ingat ya. Proses visa umrah ini ketat juga kerana kerajaan arab saudi tidak mahu mereka yang masuk ke mekah dan madinah dalam keadaan tiada muhrim atau dalam keadaan untuk menetap di sana dalam jangka masa yang lama. Untuk perempuan, sememangnya anda memerlukan muhrim untuk menunaikan umrah. Jika tidak, anda perlulah melebihi dari 45 tahun supaya dapat pergi dengan berstatuskan usbatunnisa’.

 

InsyaAllah kami akan menyambung bagaimana untuk menunaikan umrah dalam bahagian ke dua nanti. terima kasih

Leave a Comment

%d bloggers like this: