fbpx

Menunaikan Umrah (Bahagian 3)

Ibadah Umrah

Melakukan ibadah umrah adalah menjadi sunnah bagi umat islam. Ibadah umrah hanya boleh dilakukan di Mekkah sahaja. Ramai yang teringin melakukan ibadah umrah pada masa muda. Namun atas kekangan masa dan juga kewangan, tidak semua impian itu tercapai. Oleh itu, kumpullah wang dari kecil lagi untuk anak-anak kita supaya mereka dapat menunaikan umrah pada usia mereka masih muda.

Ibadah Umrah terbahagi kepada beberapa bahagian. Saya pecahkan ibadah umrah kepada 2 bahagian iaitu RUKUN UMRAH dan SYARAT SAH UMRAH. Dama bahagian ini saya akan terangkan tentang rukun umrah kepada anda semua. Secara ringkasnya, ibadah umrah mempunyai 5 rukun. Iaitu Niat di Miqat, Tawaf, Saie, Bercukur, dan tertib. Kita mulakan dengan Niat di Miqat.

Niat di Miqat

Setiap ibadah mempunyai niat nya tersendiri. begitu juga dengan ibadah umrah. niat bagi ibadah umrah adalah seperti berikut:

 

niat-umrah-dan-ihram

 

Niat ini hanyalah boleh di baca di Miqat (tempat berniat umrah/haji). Jika niat ini tidak dibaca ketika di tempat berniat, maka jemaah umrah tersebut akan dikenakan Dam (akan diceritakan dalam bab lain). Di sini, saya akan senaraikan juga senarai tempat untuk berniat umrah.

  1. Tan’im – Hanya 10km dari Masjidil Haram. Miqat yang paling dekat dengan masjidil haram
  2. Masjid Bir Ali – Paling hampir dengan Madinah
  3.  Masjid Hudaibiyah
  4. Masjid Ja’ranah
  5. Qarnul Manazil
  6. Ya lam lam

Demikianlah tempat miqat. biasanya yang bertolak dari klia, yang akan terus menunaikan umrah, mereka akan berniat di qarnul manazil. iaitu berniat di atas kapal terbang. Oleh itu, pakaian ihram perlu dipakai ketika di klia lagi.

Jika melakukan lawatan ke madinah terlebih dahulu, maka pakaian biasa dikenakan di klia. jika dari madinah, maka, niat umrah akan dilakukan di masjid bir ali.

Untuk niat ihram, pakaian ihram perlu dikenakan. Di sini, saya akan ceritakan sedikit tentang pakaina ihram yang perlu dikenakan. Pakaian ihram adalah berbeza bagi lelaki dan perempuan. bagi lelaki, pakaian ihram adalah berwarna putih dan juga tidak boleh berjahit. anda boleh melihat video di bawah untuk cara mengenakan pakaian umrah. bagi perempuan puan, sebaiknya adalah berwarna putih dan juga perlu menutup aurat.

Seterusnya, kami akan memberikan panduan utnuk menunaikan tawaf pula nanti. Terima kasih

Leave a Comment

%d bloggers like this: