fbpx

Upah haji – Kewajipan atau sebaliknya?

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kita di atas muka bumi ini dengan segala nikmat yang diberikan. Semoga kita menjadi hambaNya yang bersyukur.

Kali ini, kami ingin menceritakan tajuk yang agak panas bagi mereka yang masih sangsi tentang ibadah upah haji. Kebanyakan dari kita, agak tidak mengambil berat tentang ibadah ini. Disebabkan oleh itu, kami mengambil sedikit masa anda untuk kami terangkan tentang ibadah upah haji ini.

Upah haji atau dipanggil juga badal haji adalah ibadah yang dituntut oleh Rasulullah saw kepada orang yang telah meninggal dunia yang masih tidak melakukan ibadah haji lagi. terdapat 1 hadis Rasulullah saw yang popular tentang ibadah upah haji ini yang diriwayat oleh Ibnu Abbas R.A iaitu:-

Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: ”Ya!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa upah haji ini adalah dituntut untuk disempurnakan oleh waris kepada orang yang telah meninggal dunia.

WAJIB ATAU TAK UPAH HAJI NI?

Ibadah haji adalah rukun islam yang mempunyai syarat untuk dilakukannya iaitu MAMPU. kemampuan mestilah diperlukan kerana untuk ke Makkah perlu mempunyai wang yang cukup untuk waris di Malaysia dan juga kegunaan di Makkah. Oleh itu, syarat ini juga tertakluk kepada Upah Haji. Bagi arwah yang mempunyai kemampuan ketika hidupnya untuk melakukan haji, tetapi ajalnya datang terlebih dahulu, maka wajib bagi waris untuk menggunakan wang peninggalan arwah untuk melakukan upah haji. Tidak kiralah waris yang melakukan upah haji tersebut atau mengupah penduduk mekah melalui travel agency di malaysia untuk melakukan haji. Wang peninggalan beliau seharusnya diselesaikan zakat, hutang-hutang dan juga upah haji beliau sebelum di faraidkan atau dibahagikan mengikut wasiatnya.

Berbeza dengan arwah yang tidak mampu semasa hidupnya, bagi mereka adalah tidak wajib untuk dilakukan upah haji keatas mereka di atas dasar syarat tidak mampu tadi. Tetapi, jika ada waris yang baik hati untuk mengumpulkan wang untuk melakukan upah haji untuk beliau, maka itu lebih baik untuk arwah. Yang penting, upah haji ini tidaklah membebankan kepada para waris si mati tadi. Jika ia membebankan, adalah afdhal untuk tidak melakukan haji untuk beliau sehinggalah waris mampu atau mempunyai wang untuk melakukan upah haji tersebut.

kami harap, sedikit coretan ini dapat menjelaskan tuan puan tentang upah haji yang selalu diperkatakan buat waktu ini. semoga Allah merahmati kita semua. Amin

6 thoughts on “Upah haji – Kewajipan atau sebaliknya?”

    • Waalaikumussalam wbt. Tidak diwajibkan. Namun jika keluarga arwah ingin melaksanakannya juga, harus badal haji tersebut.

      Reply
  1. Assalamualaikum..
    Boleh kah anak tiri melakukan badal haji utk arwah bapa tirinya, walaupun arwah juga mempunya anak kandung hasil prkahwinannya yg dulu?

    Reply

Leave a Comment

%d bloggers like this: