Ramai yang bertanya, bagaimana jika mahu membawa anak kecil untuk menunaikan umrah? Terutamanya bayi yang bawah 2 tahun.
Ini saranan kami kepada mereka. Pertamanya, ibu bapa perlu tahu bahawa menunaikan umrah ini tidaklah sesusah haji. Jika ibadah haji, kami tidak galakkan anda untuk bawa anak kecil ke sana kerana ianya mungkin akan melambatkan atau mengakibatkan anda susah untuk fokus kepada ibadah tersebut. Untuk umrah, anda perlu bersedia sebaiknya jika mahu bawa bersama anak kecil untuk menunaikan umrah. Di sini, kami sertakan beberapa tips untuk anda sebelum dan ketika menunaikan ibadah umrah.
SEDIA UNTUK SALAH SEORANG JAGA DI HOTEL SEMENTARA IBU/AYAH MELAKUKAN UMRAH
Anda perlu bersedia untuk bergilir menjaga anak kecil anda di hotel manakala ibu/ayah pergi melakukan umrah. Kami sarankan tips ini supaya ada sedikit kebebasan bagi ayah/ibu untuk fokus dalam ibadah umrah tersebut. Jika kedua-duanya pergi menunaikan umrah, maka mungkin akan ambil jangka masa yang lama untuk menghabiskan kelima-lima rukun umrah itu. Tips ini sangat berguna kepada ibu bapa kerana fokus kepada ibadah umrah ini sangat dituntut. Jika fokus kita lari dari niat yang kita nak lakukan umrah, maka cacat sedikit ibadah umrah kita nanti..
RANCANG PERGERAKAN SETIAP HARI
Rancang pergerakan ibadah umrah anda setiap hari supaya anda tahu apa yang akan anda lakukan. Contohnya, nak keluar solat subuh pukul berapa. Pulang sarapan. Melakukan ibadah umrah. Menunaikan solat di hijr ismail. Tawaf sunat. dan sebagainya. Supaya anda lebih tersusun dan tidak membazir masa dalam memikirkan apa yang perlu dilakukan. Kami ada kisah di mana pernah menjadi mutawwif kepada ibu bapa yang membawa anak seramai 5 orang yang kecil-kecil lagi. tapi, masyaAllah pengurusan masa mereka sangat bagus dan nampak anak-anak mereka terurus bila mereka melakukan ibadah umrah.
MINUM AIR SECUKUPNYA
Ini adalah perkara yang paling penting kerana untuk menjaga selain dari diri kita, kita perlu tenaga yang lebih untuk menjaga anak-anak ini. Oleh itu, pastikan anda mempunyai tenaga dengan meminum air zam zam.
BAWA ALATAN UNTUK BAYI SECUKUPNYA
Anda perlu membawa peralatan bayi secukupnya seperti ubat-ubatan, susu, pampers, wet tissue, dan sebagainya supaya anak anda sentiasa berada dalam keadaan suci. Terutamanya ketika ibadah tawah yang mana ibadah ini memerlukan anda sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.
BERI ANAK TIDUR SECUKUPNYA
Berikan anak anda tidur secukupnya. Kerana sudah pasti jika dia tidak dapat tidur secukupnnya, dia akan meragam dan akan menyebakan ibadah umrah anda akan sedikit terjejas.
MENTALLY PREPARED
Bersedia mental dan fizikal dengan kerenah anak-anak. Ini kerana salah satu daripada larangan di dalam ihram ialah tidak boleh marah-marah, mencarut, mencela dan juga mengumpat. Jika anda tidak dapat bersedia dengan baik, kemungkinan anda akan dikenakan Dam. Oleh itu, bersedialah.
Itu sahaja tips untuk kali ini. kami akan cuba untuk berikan tips yang lain pada masa akan datang.